"Why?", komik sains bersiri yang berasal dari Korea mula diterbitkan pada tahun 1989 oleh YeaRimdang Publishing Co. Ltd. Sepanjang 6 tahun yang lepas, sebanyak 20 juta naskhah komik ini telah terjual di Korea, sekaligus mencipta rekod baru dalam industri penerbitan tempatan.
Medium pendidikan sains yang menyeronokkan melalui karakter yang lucu |
Komik bersiri ini amat popular kerana ia memudahkan kanak-kanak mempelajari sains dengan menggabungkan ilustrasi yang menarik, karakter yang lucu dan fakta-fakta sains yang tepat. Pada mulanya, 10 judul diterbitkan dengan gelaran Korea tetapi penerbit menukar gelaran komik ini ke Bahasa Inggeris 'Why' pada tahun 2001. Sejak itu, 50 judul komik ini telah diterbitkan dan merangkumi pelbagai topik sains dan juga sejarah.
Siri Why yang diterbitkan di Indonesia. |
Siri komik ini menjadi sangat popular sehingga telah diterjemahkan ke dalam 23 bahasa yang berbeza dan 1.3 juta naskhah telah terjual di Taiwan, Thailand, China, Russia, Perancis, Indonesia dan negara- negara Arab.
Ini adalah kali pertama siri komik ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dan 10 judul sekarang tersedia untuk tatapan anda semua.
0 comments:
Catat Ulasan