Siri komik sains 'Why' mendapat sambutan yang sangat menakjubkan di pasaran luar negara.
Komik yang berasalkan dari Korea ini telah diterjemahkan ke dalam 23 bahasa yang berbeza dan hingga kini, telah terjual 1.3 juta naskhah di Thailand, Indonesia, China dan juga Perancis.
Dalam sebuah artikel yang diterbitkan di The Korea Times, siri komik ini dikatakan telah memberi laluan bagi buku komik untuk menjadi medium pendidikan yang efisien. Di samping itu, penerbit asal siri ini, YeaRimdang Publishing Co.Ltd sedang berurusan dengan wakil dari Amerika Syarikat dan Jepun untuk mengekspot hakcipta untuk mengeluarkan siri tersebut di sana.
Industri buku komik Korea telah lama berusaha untuk memasuki pasaran buku komik di Jepun tetapi kurang berjaya kerana persaingan yang terlalu sengit. Tetapi selepas kejayaan siri komik 'Survival', komik Korea pertama yang berjaya menakluk pasaran Jepun dengan terjual lebih 500,000 naskhah disana, peluang siri 'Why' untuk mendapat sambutan yang bagus kelihatan cerah.
50 judul siri komik 'Why' yang laris di pasaran luar negara |
0 comments:
Catat Ulasan